Monday, July 12, 2010

Apa Khabar Semua?

Apa Khabar Semua?

Salam dan Selamat Sejahtera,
Maaf Sudah lama saya tidak update blog ini.
Untuk pengetahuan anda semua mesin terapi Family Dr. yang saya tawarkan sebanyak 6unit telah lama terjual. Harap maaf kerana tidak memaklumkannya disini.

Dan untuk pengetahuan pengunjung juga saya masih lagi dihujani panggilan telefon untuk yang bertanyakan mengenai mesin terapi Family Dr sehingga sekarang.Disebabkan mesin terapi Family Dr. sudah tiada dan ramailah mengambil kesempatan untuk bertanyakan serba sedikit mengenai mesin terapi dengan saya. Dan sebagai Insan biasa yang ada serba sedikit pengetahuan mengenai mesin terapi. saya kongsikanlah kepada mereka mengenai mesin terapi berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang saya ada.

Untuk pengetahuan anda semua Setiap mesin terapi adalah sama bagus dan sama baik untuk kesihatan kita cuma apa yang membezakan sesuatu mesin terapi antara satu sama lain ialah rupa bentuk mesin terapi itu sendiri.

Ada mesin terapi yang dilengkapi dengan sistem timer yang canggih.
Ada mesin terapi yang dilengkapi dengan paparan muka yang canggih.
Ada mesin terapi yang dilengkapi dengan alat kawalan jauh.
Ada mesin terapi yang dilengkapi dengan alat ionzer

Jadi untuk pengetahuan pengunjung blog saya suka saya kongsikan kepada anda bahawa semua yang saya nyatakan diatas adalah salah satu kaedah pihak pengeluar untuk membezakan ciri-ciri mesin terapi mereka dengan pesaing dan ia juga salah satu kaedah untuk para penggemar mesin terapi untuk memilih produk mereka. Tidak lebih dari itu.

Ini kerana kita perlu ingat kembali apakah tujuan asal kita menggunakan mesin adalah untuk menjaga kesihatan kita. Suka saya tegaskan kepada anda semua bahawa SEMUA MESIN TERAPI MEDAN ELEKTRIK YANG ADA DIPASARAN ADALAH MENGGUNAKAN KONSEP YANG SAMA IAITU MENGGUNAKAN ARUS ELEKTRIK 9000v DAN AKAN MENGHASILKAN GETARAN 60/saat! Datanglah mesin terapi jenama apa sekalipun ia tetap akan membantu untuk membersihkan saluran darah kita. dan ia tetap akan membantu untuk meneutralkan kembali sistem sarafa dalam badan kita dan ia tetap juga akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Jadi kepada pengunjung. Suka saya tekankan kepada anda semua. Jadi pilihlah dengan betul dan berdasarkan budget anda sendiri sebelum membeli sesuatu mesin terapi.

Sekian Terima Kasih
Sincere.Love.Care

MadChong.
017-9235408

No comments:

Post a Comment