Apa Itu Terapi Medan Elektrik?
Terapi Medan Elektrik adalah satu kaedah rawatan yang baru di Malaysia. Kaedah rawatan ini dilakukan adalah dengan pesakit duduk diatas satu keping PAD yang dipanggil Mattress dan disambungkan satu unit mesin yang mana ia akan membekalkan arus elektrik statik kedalam badan pesakit. Arus Elektrik yang masuk kedalam badan akan membawa ion-ion positif dan negatif yang mana ia sangat diperlukan didalam setiap sel-sel didalam tubuh kita.
Rawatan Terapi Medan Elektrik Ini boleh diibaratkan seumpama kita mengcas kembali badan kita dengan arus elektrik statik. Ini kerana kadar penggunaan caj-caj ion positif dan negatif didalam badan kita sangat tinggi dan sentiasa diperlukan.
Aliran elektrik yang masuk kedalam badan pesakit ini tidak akan mengejutkan pesakit kerana arus yang masuk adalah arus statik yang mana ia sesuai untuk perubatan. Antara fungsi-fungsi arus statik yang masuk kedalam badan adalah untuk:
1. Membersihkan Saluran Darah
2. Membersihkan/Mengembalikan nilai PH darah dari berasid kepada Beralkali
3. Menyelaraskan kembali sistem saraf tidak terkawal didalam badan.
4. Meningkatkan kembali daya ketahanan badan.
Kebaikan Terapi Medan Elektrik
Banyak kebaikan yang boleh kita perolehi jika kita secara kosisten menggunakan rawatan terapi medan elektrik. Tidak kira samada kita adalah seorang yang mengalami masalah kesihatan atau pun tidak.
Bagi yang mengalami masalah kesihatan ia dapat membantu untuk merawat masalah kesihatan yang dialami oleh kita. Manakala pula bagi yang tidak mengalami masalah kesihatan ia juga sangat bagus dan baik sekali untuk digunakan kerana ia dapat membantu kita untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik untuk sepanjang masa.
Terapi Medan Elektrik boleh dikatakan dapat membantu merawat kesemua penyakit. Namun begitu ia tidak semsetinya dapat memberi kesan kesihatan yang sangat Total kepada penggunanya. Namun begitu ia sangat sesuai untuk digunakan disemua peringkat umur.
Walaupun ia sesuai digunakan untuk semua golongan umur, terdapat juga larangan kepada sesetengah golongan untuk tidak melakukan rawatan ini. Larangan yang ditetapkan ini adalah sebagai satu langkah keselamatan agar pengguna tidak mendapat mudarat daripada penggunaan rawatan ini.
Golongan yang Tidak Dibenarkan Membuat Terapi.
1. Orang yang mempunyai bateri didalam jantung.
2. Orang yang telah disahkan mempunyai penyakit kanser
3. Wanita yang mengandung
4. Orang yang Terlalu Uzur ( Tidak digalakkan bukannya dilarang sama sekali )
No comments:
Post a Comment