Thursday, July 15, 2010

Mana Lebih Baik?

Made In China Atau Made In Japan?

Salam Dan Selamat Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini?
Terima Kasih kerana sudi melayari laman blog saya yang tidak seberapa ini?

Pada ruangan kali ini, ingin saya kongsikan kepada anda serba sedikit mengenai mesin terapi medan elektrik sebagai panduan untuk anda yang menggemari kaedah rawatan ini.

Ramai yang bertanyakan kepada saya, mesin terapi jenis manakah yang bagus untuk dibeli atau dimiliki? adakah Made In China atau Made In Japan?

Biasanya sekiranya saya diajukan soalan begini saya akan bertanyakan kembali kepada pengaju soalan saya. Berapa Budget Anda untuk memiliki sesebuah mesin terapi? Adakah lebih dari RM10,000 atau Kurang? Jika anda mempunyai budget yang besar pilihlah Made In Japan dan jika anda tidak mempunyai budget yang besar. Pilihlah Made In China.

Ramai yang pelik dengan jawapan yang saya berikan kerana saya tidak berpihak dengan mana-mana jenis keluaran mesin terapi. Kenapa... Kenapa... dan mengapa?

Para pembaca yang budiman. Ingat kembali apakah matlamat utama untuk anda melakukan rawatan dengan mesin terapi? untuk meningkatkan kembali tahap kesihatan anda bukan? Jadi seperti yang saya selalu beritahu melalui post-post sebelum ini. Setiap mesin terapi yang ada dipasaran menggunakan konsep yang sama. Dimana setiap pengguna yang menjalankan rawatan akan tetap di alirkan arus elektrik dengan gegaran 60kali sesaat.

Jadi untuk pengetahuan pembaca sekalian, datanglah mesin terapi Made In Uganda Ke, Papua New Guine ke, Nepal ke atau Made In Zimbabwe sekalipun ia tetap akan datang dengan konsep yang sama. Cuma yang membezakannya adalah dari segi rupa bentuk, penambahan fungsi dan yang penting dari segi harga. Jadi pakailah mesin terapi jenis apa pun. Ia tetap akan meningkatkan lagi tahap kesihatan kita. Itupun jika anda konsisten menggunakannya.

Tetapi untuk pengetahuan pembaca, terdapat 2 negara pengeluar utama mesin terapi elektrik didunia ini. Iaitu Made In Japan Dan Made In China. dan satu lagi ialah Made In Korea.
Sedikit info kepada anda. Asal Usul mesin terapi ini dari Jerman. Tetapi yang telah menkomersialkan teknologi ini adalah Jepun. tetapi ia teknologi ini telah dapat di ambil oleh negara-negar seperti korea dan China. Dan ini adalah satu proses biasa dalam dunia teknologi.
Yang mana teknologi boleh dipindahkan ke mana-mana negara.

Jadi apa yang membezakan antara mesin terapi dari Jepun Dan China bagi saya, adalah dari segi ketahanan komponen didalamnya dan ketahanan mesin terapi tersebut. Jadi, bagi saya tidal ada masalah untuk memilih mesin terapi Dari Made In China. Ini kerana syarikat yang menjual mesin terapi tersebut akan tetap menanggung apa jua kadar kerosakan terhadap mesin terapi yang anda beli.

Jadi.... Tepuk Dada Tanya Selera...
Tepuk Paha Tengok Duit....
Kalau Ada Lebih Belilah Yang Mahal...
Kalau Budget Kurang Made In China pun dah memadai...
bagi saya kalau lah mesin terapi Made In China yang ada dipasaran yang harga dalam lingkungan RM 5000 - RM 8000 sudah memadai untuk dimiliki. Dan kalaulah ada kerosakan sekalipun semasa ia didalam tempoh penggunaan anda. Jangan risau dan khuatir syarikat yang menjualkan akan menanggung kos kerosakan tersebut. mengikut terma dan syarat semasa pembelian...

Sekian Terima Kasih
Sincere.Love.Care
MadChong
017-9235408

2 comments:

  1. Mohon Maklum kpd anda semua...
    Jika Ada Sebarang Tempahan... Hubungi saya di No. 010-9157128 kerana no 017-9235408 sudah tidak digunakan lagi... terima kasih

    -Shidi-
    a.k.a madchong

    ReplyDelete
  2. jika ada apa-apa pertanyaan... boleh lah add saya di facebook. www.facebook.com/m.shidi

    ReplyDelete